Harian Metro
LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.
Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.
Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini

- Category
- Documentary
Be the first to comment